Adakah anda stress atau tertekan???. Puncanya adakah kerja, hubungan, belajar, dan desakan hidup??? tidak kiralah apa sekali
pun penyebab stress tersebut kerana mampu membuatkan diri tidak berasa selesa dan terbeban.
Berhati-hati kerana stress yang melampau akan menyebabkan keseluruhan sistem badan mendapat kesan yang negaitf dan juga mampu mengubah rutin harian anda sekiranya tidak diurus atau dikawal.
Stress dibahagikan kepada dua iaitu eustress dan distress. Eustress adalah yang menghasilkan kesan positif manakala distress pula sebaliknya.
Terdapat cara-cara yang boleh dijadikan panduan untuk mengurangkan tekanan atau stress iaitu:
- Pengurusan masa yang baik
- Berkongsi dengan org lain (yang dipercayai)
- Bergaul dengan orang mempunyai pemikiran dan gaya hidup positif
- Bersenam
- Mengeratkan hubungan dengan keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling
- Melakukan aktiviti yang berfaedah
Islam juga mempunyai cara bagi membantu kita yang tertekan, malah memberikan ketenangan kepada kita iaitu:
- Baca al-Quran setiap kali selepas solat
- Beristifar & taubat
- Dekatkan diri dengan ALLAH SWT iaitu bersolat dan tidak meninggalkannya.
- Amalkan amalan bersedekah
- Bertawakal setelah berusaha
- Husnu dzan (bersangka baik) dengan ketetapan ALLAH SWT.
Namun sekiranya anda mempunyai cara tersendiri untuk mengurangkan tekanan atau stress teruskanlah, jadikan info ini sebagai pengetahuan tambahan dalam hidup. Selamat beramal!
Sekian, Terima Kasih Daun Keladi ☺
No comments:
Post a Comment