Monday 20 February 2017

Petikan Akhbar

Berdasarkan petikan akhbar Berita Harian yang bertarikh 28 September 2016 bertajuk 'Masalah Kesihatan Mental di Malaysia Membimbangkan'


PUTRAJAYA: Kira-kira 30 peratus atau 4.2 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke
atas mengalami masalah kesihatan mental.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata statistik menunjukkan
seorang dalam kalangan tiga penduduk di negara ini mempunyai masalah berkait rapat
dengan isu mental.
Katanya, ia berpunca daripada beberapa faktor, antaranya masalah kewangan,
pengangguran, tekanan kerja dan masalah keluarga seperti perceraian.
"Masalah mental boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, namun kajian menunjukkan
paling tinggi membabitkan golongan berpendapatan rendah dan kelompok berumur 16
hingga 19 tahun.
"Secara jujurnya, saya turut terkejut dengan peratusan berkenaan tetapi apabila diteliti,
memang ia benar dan masalah ini semakin membimbangkan," katanya pada sidang
media di kementeriannya, di sini hari ini.
Dr Subramaniam berkata, pihaknya sudah melaksanakan pelbagai strategi pencegahan
termasuk kempen promosi kesihatan mental, saringan dan pencegahan, program
memperkasakan masyarakat bagi menangani tekanan serta melaksanakan bantuan
asas psikologi semasa krisis.
Mengenai kepakaran bagi mengendalikan masalah itu, beliau berkata, ketika ini nisbah
adalah seorang pakar psikiatri bagi setiap 100,000 pesakit.- BH Online.

No comments:

Post a Comment