Assalamualaikum, dan selamat petang ..... topik kali ini adalah proses dalam kaunseling. Perkongsian ini adalah untuk pengetahuan kepada semua supaya lebih jelas dan mudah difahami.
Setiap sesi kaunseling yang dijalankan mestilah mempunyai proses-proses untuk memastikan perjalanan sesi kaunseling berjalan dengan baik dan lancar. Sesi yang dijalankan berlangsung lebih kurang 30 minit hingga 45 minit atau sejam dan tidak boleh berlanjutan lebih daripada masa yang ditetapkan kerana akan menyebabkan sesi tersebut tidak tulen. Kebiasaannya sesi dijalankan beberapa kali mengikut keperluan klien tersebut. Sama ada daripada sesi pertama hingga ke tujuh atau lapan dan kaunselor akan mengikut keperluan isu dan perkembangan klien tersebut.
Proses kaunseling yang dimaksudkan adalah pembukaan, penerokaan dan penutup. Setiap kali sesi dijalankan proses tersebut akan menjadi panduan kepada kaunselor untuk memastikan sesi tersebut tidak sekadar berbual kosong dan kualiti sesi. Sebelum memulakan sesi kaunselor perlu memastikan klien selesa dengan tempat sesi dijalankan dengan melihata gaya dan bahasa badan yang ditunjukkan oleh klien supaya kedua-dua pihak akan lebih selesa untuk proses seterusnya.
Semasa proses pembukaan kaunselor akan mengimbas semula perkara yang dibincangkan pada sesi sebelum. Namun sekiranya sesi tersebut telah berlangsung beberapakali. Sekiranya pada sesi pertama, kaunselor akan membuat rapport(bina hubungan) dengan klien pada sesi tersebut seperti perbincangan matlamat sesi, etika kerahsiaan, dan peraturan semasa sesi. Hal ini kerana, klien tidak mengenali kaunselor dan akan menyebabkan ketidakselesaan berlaku. Pada sesi pertama jarang sekali perbincangan isu berlaku kerana proses bina hubungan. Bina hubungan adalah untuk membentuk kepercayaan dan keyakinan klien terhadap kaunselor. Namun begitu, kadangkala terdapat klien yang mudah mesra dan selesa dengan kaunselor menyebabkan pada sesi pertama isu telah dinyatakan klien. Oleh itu, kaunselor perlu bijak untuk mengendalikan klien.
Seterusnya, proses penerokaan. Pada proses ini amat penting untuk kaunselor meneroka klien terhadap isu yang dinyatakan dan dibincangkan. Kaunselor akan menggunakan pelbagai kemahiran kaunseling yang telah dipelajari. Semasa proses ini juga pelbagai ragam dan gelagat klien akan kelihatan. Klien akan menunjukkan perasaannya semasa perbincangan isu seperti riak wajah yang sedih, marah, tidak puas hati dan sebagainya. Peranan kaunselor perlu mengambil inisiatif ini untuk meneroka dengan lebih mendalam.
Proses penutup adalah apabila masa yang ditetapkan oleh kaunselor semakin hampir. Seperti yang dibincangkan masa tidak boleh lebih sehingga berlarutan akan mendatangkan kesan kepada sesi tersebut, Justeru, kaunselor akan memastikan masa tersebut tepat dan tidak terlalu lama untuk menamatkan sesi pada waktu tersebut. Semasa proses penutup untuk sesi kaunselor akan menyatakan semula perkara yang telah dibincangkan dengan klien untuk mengingatkan semula kepada klien isu yang dikatakan klien. Kaunselor juga akan menangguhkan sesi untuk sesi seterusnya sekiranya klien mahu meneruskan dan mengikut perkembangan klien sepanjang sesi dijalankan.
Konklusinya, proses-proses tersebut adalah panduan kepada kaunselor untuk mengendalikan setiap sesi tersebut. Perkara yang penting di dalam sesi adalah keselesaan klien dan etika kerahsiaan.
Sekiranya terdapat penambahan daripada anda, boleh komen diruangan yang disediakan dan berkongsi bersama-sama untuk pengetahuan semua.
Sekian, Terima Kasih Daun Keladi☻
No comments:
Post a Comment