Persepsi seperti ini harus dihapuskan kerana kaunseling memainkan peranan tersendiri dalam masyarakat. Kaunseling bukan sahaja untuk individu yang mempunyai masalah, malahan kepada individu yang ingin mendapatkan maklumat mengenai sesuatu, untuk rujukan sesuatu perkara, bimbingan, dan sebagainya. Hal ini kerana, kaunseling mempunyai matlamat untuk membantu masyarakat iaitu untuk kesejahteraan semua.
Sebagai contoh, Kaunseling Kerjaya sesuai kepada individu yang mahu mengetahui hala tuju kerjaya dan kesesuaian diri terhadap kerjaya. Hal ini kerana, manusia adalah unik dan berbeza-beza potensi. Kaunseling Kerjaya boleh membantu mereka. Seterusnya persepsi kurang percaya kepada bidang ini selalu menjadi igauan para Kaunselor. Masyarakat kurang percaya kepada kebolehan Kaunselor terutamanya yang masih baru dalam bidang ini.
Persepsi tersebut akan menyebabkan keyakinan terhadap kaunseling menjadi kurang. Hal ini disebabkan oleh, mereka bimbang perkara yang dikongsikan dan diceritakan akan diketahui orang lain. Kerahsiaan adalah merupakan tunggak utama dalam kaunseling. Kaunselor perlu menjaga etika kerahsiaan kerana sudah termaktub di dalam perjanjian yang telah dipersetujui bersama-sama klien. Kaunselor yang melanggar etika akan menyukarkan proses kaunseling dan menjejaskan nama baik kaunseling. Malahan, berkemungkinan akan dikenakan tindakan.
Seterusnya, persepsi lain seperti tidak percaya disebabkan kaunselor adalah individu yang tidak dikenali. Kebayakan sesi kaunseling yang dijalankan tidak telus kerana klien tidak yakin dan tidak percaya kepada kaunselor. Justeru, kaunselor perlu bijak semasa sesi pertama dijalankan untuk mendapatkan kepercayaan klien.
Kaunseling bukanlah seperti persepsi-persepsi tersebut, malahan mempunyai kepentingan dan keperluan terhadap komuniti. Oleh itu, sebaiknya-baiknya tidak perlu bimbang kerana sudah banyak kaunselor-kaunselor yang bertauliah iaitu mempunyai lesen daripada Lembaga Kaunselor. Lesen tersebut diperoleh melalui temuduga yang dijalankan sendiri oleh pihak lembaga. Justeru, tapisan telah dilakukan untuk melahirkan kaunselor yang berkualiti.
Jangan malu untuk berjumpa dengan kaunselor anda! >_< :)
Kami sedia membantu!
Kami sedia membantu!
No comments:
Post a Comment