Monday, 27 February 2017

"Do and Dont at workplace"

Assalamualaikum & Selamat Petang...

Hari ini, Isnin dan bermula hari untuk semua pekerja.Walaupun agak lewat post ini. Diharapakan dapat memberikan info yang bermanfaat.

Untuk mengurangkan rasa stress pada petang jom kita tambah pengetahuan bersama-sama.



 Sekian, Terima Kasih Daun Keladi ☺

"Kata untuk diingati"

Assalamualaikum dan selamat pagi...



Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan, tetapi belajarlah daripada situ dan sentiasa berdoa kerana dengan Allah SWT akan sentiasa mendengar. ☺

Wednesday, 22 February 2017

Gaya Hidup Sihat

Assalamualaikum....

Stress dan kemarahan boleh dikawal juga dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Kerana gaya hidup sihat adalah merupakan kunci kepada kesejahteraan hidup individu tersebut.

Secara keseluruhan gaya hidup sihat menurut WHO (World Health Organization) iaitu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat. Seterusnya, cergas malah bebas daripada sebarang penyakit.

7 Amalan yang boleh dilakukan dan dijadikan sebagai panduan untuk gaya hidup sihat.




Diharapkan info ini bermanfaat dan selamat beramal.
Sekian, Terima Kasih Daun Keladi ☺




Stress dan Tekanan

Assalamualaikum...

Adakah anda stress atau tertekan???. Puncanya adakah kerja, hubungan, belajar, dan desakan hidup??? tidak kiralah apa sekali
pun penyebab stress tersebut kerana mampu membuatkan diri tidak berasa selesa dan terbeban.

Berhati-hati kerana stress yang melampau akan menyebabkan keseluruhan sistem badan mendapat kesan yang negaitf dan juga mampu mengubah rutin harian anda sekiranya tidak diurus atau dikawal.

Stress dibahagikan kepada dua iaitu eustress dan distress. Eustress adalah yang menghasilkan kesan positif manakala distress pula sebaliknya.

Terdapat cara-cara yang boleh dijadikan panduan untuk mengurangkan tekanan atau stress iaitu:

  • Pengurusan masa yang baik
  • Berkongsi dengan org lain (yang dipercayai)
  • Bergaul dengan orang mempunyai pemikiran dan gaya hidup positif
  • Bersenam
  • Mengeratkan hubungan dengan keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling
  • Melakukan aktiviti yang berfaedah
Islam juga mempunyai cara bagi membantu kita yang tertekan, malah memberikan ketenangan kepada kita iaitu:

  • Baca al-Quran setiap kali selepas solat
  • Beristifar & taubat
  • Dekatkan diri dengan ALLAH SWT iaitu bersolat dan tidak meninggalkannya.
  • Amalkan amalan bersedekah
  • Bertawakal setelah berusaha 
  • Husnu dzan (bersangka baik) dengan ketetapan ALLAH SWT.




Namun sekiranya anda mempunyai cara tersendiri untuk mengurangkan tekanan atau stress teruskanlah, jadikan info ini sebagai pengetahuan tambahan dalam hidup. Selamat beramal!

Sekian, Terima Kasih Daun Keladi ☺



Pengurusan Kemarahan

Assalamualaikum dan selamat petang...

Anda tengah marah???

Adakah anda tahu marah boleh menyebabkan satu ketegangan akan berlaku terhadap tubuh badan atau fizikal anda. Malahan, boleh memberikan kesan kepada emosi dan mental anda, seterusnya menjadikan anda tidak rasional.

Oleh itu, bagi mengurangkan perasaan marah kita perlu tahu cara pengurusan kemarahan. Terdapat pelbagai cara pengurusan kemarahan seperti berikut.




Dalam Islam juga terdapat cara pengurusan iaitu  berwuduk, ubah posisi marah, diam dan bertenang. Selain itu, sentiasa beristigar dan berzikir. In Shaa Allah akan membantu memberikan ketenangan dan kesabaran kepada diri kita.


KEEP SMILE & DON'T ANGRY
Sekian, Terima Kasih Daun Keladi☺





"Kata untuk diingati"

Assalamualaikum dan selamat pagi...☺


Semoga sentiasa dilindungi rahmat-Nya...

Monday, 20 February 2017

Petikan Akhbar

Berdasarkan petikan akhbar Berita Harian yang bertarikh 28 September 2016 bertajuk 'Masalah Kesihatan Mental di Malaysia Membimbangkan'


PUTRAJAYA: Kira-kira 30 peratus atau 4.2 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke
atas mengalami masalah kesihatan mental.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata statistik menunjukkan
seorang dalam kalangan tiga penduduk di negara ini mempunyai masalah berkait rapat
dengan isu mental.
Katanya, ia berpunca daripada beberapa faktor, antaranya masalah kewangan,
pengangguran, tekanan kerja dan masalah keluarga seperti perceraian.
"Masalah mental boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, namun kajian menunjukkan
paling tinggi membabitkan golongan berpendapatan rendah dan kelompok berumur 16
hingga 19 tahun.
"Secara jujurnya, saya turut terkejut dengan peratusan berkenaan tetapi apabila diteliti,
memang ia benar dan masalah ini semakin membimbangkan," katanya pada sidang
media di kementeriannya, di sini hari ini.
Dr Subramaniam berkata, pihaknya sudah melaksanakan pelbagai strategi pencegahan
termasuk kempen promosi kesihatan mental, saringan dan pencegahan, program
memperkasakan masyarakat bagi menangani tekanan serta melaksanakan bantuan
asas psikologi semasa krisis.
Mengenai kepakaran bagi mengendalikan masalah itu, beliau berkata, ketika ini nisbah
adalah seorang pakar psikiatri bagi setiap 100,000 pesakit.- BH Online.

Kesihatan Mental

Assalamualaikum dan selamat petang...

Sejak akhir-akhir ini, sudah kerapkali terdengar mengenai isu kesihatan mental. Kebayakan masyarakat menganggapperkara yang berkaitan mental adalah 'gila'. Adakah jika disebut kesihatan mental itu adalah gila?
Tidak semestinya semua yang berkaitan dengan mental adalah gila. Bahkan individu yang normal juga boleh terjejas kesihatan mentalnya jika tidak dikawal dengan sebaiknya.
Apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan mental???
iaitu kemampuan individu dalam menyesuaikan diri dalam persekitaran sesebuah masyarakat yang meningkatkan tahap kesihatan, perkembangan diri secara optima, dan kekuatan mental dalam untuk mencapai sesuatu perkara.
Kesihatan mental adalah juga merupakan salah satu tahap kesihatan selain daripada fizikal. Malahan sangat penting dalam kehidupan seharian.
Kesihatan mental boleh terjejas disebabkan tekanan dan perubahan dalam kehidupan seharian. Faktor-faktornya adalah seperti faktor persekitaran dan faktor hidup.


Perasaan tertekan boleh menganggu kesihatan mental kita. Oleh itu, pengurusan tekanan yang baik mampu untuk membantu mengurangkannya. Berikut adalah contoh10 langkah yang boleh anda lakukan untuk menjaga kesihatan mental.


Sekian, Terima Kasih Daun Keladi☺

Mari kenali kerjaya anda!

Monday blues!... Memandangkan hari Isnin, sudah pasti semua akan sibuk bekerja setelah bercuti hujung minggu dan topik pada kali ini adalah berkaitan dengan kerjaya. Oleh itu, jom! kenali kerjaya anda!.

Apakah itu Kaunseling Kerjaya???
Kaunseling kerjaya adalah merupakan satu proses bimbingan dan tunjuk ajar kepada klien untuk memilih pekerjaan yang sesuai, menyesuaikan diri dengan kerjaya yang dipilih dan maju dalam kerjaya berkenaan.

Selain itu, kaunseling kerjaya kebiasaannya membantu para murid sekolah yang mahu memilih bidang berdasarkan minat dan personaliti mereka.

Hal ini kerana, kebanyakannya pemilihan kerjaya adalah berdasarkan personaliti masing-masing dengan menggunakan inventori psikologi.

RIASEC( realistic, investigative, artistic, social, enterprising & conventional)





"Kata untuk diingati"

Assalamualaikum dan selamat pagi..mulakan hari dengan fikiran yang positif!



Friday, 17 February 2017

Matlamat Hidup

Setiap perkara yang kita lakukan sudah pasti mempunyai matlamat kan?. Dari sekecil-kecil perkara hingga besar mempunyai matlamat tersendiri untuk dicapai.
Matlamat adalah sesuatu yang akan membantu kita untuk mengendalikan diri dan hidup dengan lebih baik. Kebanyakannya kita meletakkan dalam matlamat hidup kita, sebab individu yang tiada matlamat akan mensia-siakan kehidupannya.
Bagaimana matlamat boleh tercapai?
mestilah mempunyai perancangan yang sebaiknya untuk mencapainya. Jangan takut untuk gagal ketika kita merancang, kerana kegagalan akan mengajar kita memperbetulkan kesilapan dan lakukan dengan lebih baik. Seperti pepatah 'kita tidak merancang untuk gagal, tetapi kita gagal untuk merancang'. Lihat semula kekurangan dan kesilapan serta rancang semula.
Oleh itu, ramai individu yang berjaya pada hari ini telah menempuh pelbagai bentuk kegagalan dalam hidup. Takut kepada kegagalan merupakan perkara yang patut dielakkan. Sebaliknya, rancang semula untuk mencapai matlamat tersebut.
Tambahan sudah tahun baru, walaupun sekarang sudah bulan Februari tetapi sudah pasti masih merasakan tahun baru. Setiap kali, menjelma tahun baru, pasti ada azam baru dan sebagainya namun, sudah tercapai azam tahun-tahun yang lalu?

Teruskan berusaha mencapai impian dan matlamat masing-masing. Jangan pernah menyerah!



Sekian, Terima Kasih Daun Keladi ☺

"Kata untuk diingati"

Assalamualaikum dan salam Jumaat...




Thursday, 16 February 2017

Manusia itu 'Unik'

Assalamualaikum dan selamat petang!

Selalu kita dengar manusia bermacam-macam ragam dan gelagat. Sebab apa? kerana manusia itu 'unik'. Setiap manusia di lahirkan mempunyai perbezaan dan tidak sama antara satu sama lain. Disebabkan itu dikatakan unik dan berkemungkinan pelik. Tapi tidak mengapa kerana 'pelik itu unik'.
Perbezaan yang dimiliki tersebut membuatkan kita dapat mengenali setiap orang yang dikenali. Justeru, kita bolehlah mengambil yang baik dan sebaliknya sebagai pengajaran diri.
Sebagai contoh, sikap dan perangai. Setiap manusia mempunyai sikap yang berbeza-beza seperti rajin atau pemalas.
Tambahan pula, fizikal manusia itu sendiri berbeza ataupun sama apatah lagi yang lain-lain ibarat walaupun rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Jangan risau untuk menjadi lain daripada orang lain, asalkan menjadi diri sendiri.


Sekian, Terima Kasih Daun Keladi ☺

Ciri-ciri orang berjaya

 


"Kata untuk diingati"


Allah SWT sentiasa berada di sisi hamba-Nya yang tidak pernah lupa kepada-Nya

Sabar dalam menempuhi dugaan dan cabaran yang menguji diri kita

Wednesday, 15 February 2017

"Kata untuk diingati"


Fikirkan sejenak dan selamat menghadam


Tanpa usaha kita tidak kemana ibarat 
'sampan tanpa pendayungnya'

"Throwback"


Rindu zaman belajar, jom 'lempar belakang' ☻



Semester 7 : Photoshoot last sem 'counselor born to be'



Menyahut cabaran pensyarah ambil gambar satu kohort masa konvo  and  we did it!


Konvokesyen ke 29 UUM, 14 November 2016. Berbeza riak wajah dengan gambar sem 7, semua ceria dan berseri-seri 

Jom sembang-sembang santai

Assalamualaikum... dan selamat petang semua...

Sebelum ini, perkongsian agak serius mengenai bidang Kaunseling. Oleh itu, untuk penambahbaikan bagi menarikkan lagi perkongsian akan lebih santai dan mudah untuk difahami. Sekiranya terdapat idea dan penambahbaikan bolehlah berkongsi dengan saya.

Sekian, Terima Kasih Daun Keladi ☻

Tuesday, 14 February 2017

Proses dalam Kaunseling

Assalamualaikum, dan selamat petang ..... topik kali ini adalah proses dalam kaunseling. Perkongsian ini adalah untuk pengetahuan kepada semua supaya lebih jelas dan mudah difahami.

Setiap sesi kaunseling yang dijalankan mestilah mempunyai proses-proses untuk memastikan perjalanan sesi kaunseling berjalan dengan baik dan lancar. Sesi yang dijalankan berlangsung lebih kurang 30 minit hingga 45 minit atau sejam dan tidak boleh berlanjutan lebih daripada masa yang ditetapkan kerana akan menyebabkan sesi tersebut tidak tulen. Kebiasaannya sesi dijalankan beberapa kali mengikut keperluan klien tersebut. Sama ada daripada sesi pertama hingga ke tujuh atau lapan dan kaunselor akan mengikut keperluan isu dan perkembangan klien tersebut.

Proses kaunseling yang dimaksudkan adalah pembukaan, penerokaan dan penutup. Setiap kali sesi dijalankan proses tersebut akan menjadi panduan kepada kaunselor untuk memastikan sesi tersebut tidak sekadar berbual kosong dan kualiti sesi. Sebelum memulakan sesi kaunselor perlu memastikan klien selesa dengan tempat sesi dijalankan dengan melihata gaya dan bahasa badan yang ditunjukkan oleh klien supaya kedua-dua pihak akan lebih selesa untuk proses seterusnya.

Semasa proses pembukaan kaunselor akan mengimbas semula perkara yang dibincangkan pada sesi sebelum. Namun sekiranya sesi tersebut telah berlangsung beberapakali. Sekiranya pada sesi pertama, kaunselor akan membuat rapport(bina hubungan) dengan klien pada sesi tersebut seperti perbincangan matlamat sesi, etika kerahsiaan, dan peraturan semasa sesi. Hal ini kerana, klien tidak mengenali kaunselor dan akan menyebabkan ketidakselesaan berlaku. Pada sesi pertama jarang sekali perbincangan isu berlaku kerana proses bina hubungan. Bina hubungan adalah untuk membentuk kepercayaan dan keyakinan klien terhadap kaunselor. Namun begitu, kadangkala terdapat klien yang mudah mesra dan selesa dengan kaunselor menyebabkan pada sesi pertama isu telah dinyatakan klien. Oleh itu, kaunselor perlu bijak untuk mengendalikan klien.

Seterusnya, proses penerokaan. Pada proses ini amat penting untuk kaunselor meneroka klien terhadap isu yang dinyatakan dan dibincangkan. Kaunselor akan menggunakan pelbagai kemahiran kaunseling yang telah dipelajari. Semasa proses ini juga pelbagai ragam dan gelagat klien akan kelihatan. Klien akan menunjukkan perasaannya semasa perbincangan isu seperti riak wajah yang sedih, marah, tidak puas hati dan sebagainya. Peranan kaunselor perlu mengambil inisiatif ini untuk meneroka dengan lebih mendalam.

Proses penutup adalah apabila masa yang ditetapkan oleh kaunselor semakin hampir. Seperti yang dibincangkan masa tidak boleh lebih sehingga berlarutan akan mendatangkan kesan kepada sesi tersebut, Justeru, kaunselor akan memastikan masa tersebut tepat dan tidak terlalu lama untuk menamatkan sesi pada waktu tersebut. Semasa proses penutup untuk sesi kaunselor akan menyatakan semula perkara yang telah dibincangkan dengan klien untuk mengingatkan semula kepada klien isu yang dikatakan klien. Kaunselor juga akan menangguhkan sesi untuk sesi seterusnya sekiranya klien mahu meneruskan dan mengikut perkembangan klien sepanjang sesi dijalankan.

Konklusinya, proses-proses tersebut adalah panduan kepada kaunselor untuk mengendalikan setiap sesi tersebut. Perkara yang penting di dalam sesi adalah keselesaan klien dan etika kerahsiaan.

Sekiranya terdapat penambahan daripada anda, boleh komen diruangan yang disediakan dan berkongsi bersama-sama untuk pengetahuan semua.

Sekian, Terima Kasih Daun Keladi☻

"Kata untuk diingati"


Assalamualaikum dan selamat pagi!

Setiap insan mempunyai impian tersendiri untuk dicapai. Sama ada sudah tercapai, belum atau sedang melakukannya sudah pasti matlamat adalah sama iaitu untuk memastikan impian tersebut terlaksana. Tidak kiralah kecil atau besar impian tersebut sebelum melakukannya perkara yang perlu dilakukan adalah sedar dan bangun daripada terus bermimpi. Hal ini kerana,impian yang hanya angan-angan tidak mendatangkan hasil.

Teruskan berusaha mencapai impian anda!


Monday, 13 February 2017

Petikan Akhbar



Petikan Akhbar Utusan yang bertajuk 'Keperluan Kaunselor Kian Mendesak'  pada tarikh 11 November 2014, membuka mata semua masyarakat mengenai bidang kaunseling kepada persepsi yang lebih baik.





Dalam akhbar tersebut menyatakan bahawa:

"Tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, yang masih hilang hingga kini, dan
MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, telah membuka mata pelbagai pihak bahawa
pentingnya keperluan kaunselor bagi memberi perkhidmatan sokongan ke arah
kesejahteraan komuniti.

Keprihatinan kerajaan terhadap anggota keluarga mangsa penumpang dan kru
pesawat, dengan memberikan khidmat kaunseling bagi menangani trauma, secara
tidak langsung telah membawa kesan besar, yang menuntut masyarakat membuat
penyesuaian dalam cara berfikir, bertindak, dan membuat keputusan agar ia diuruskan
dalam cara terbaik

Selama ini, ramai tidak menyedari peranan kaunselor, sedangkan saban waktu negara
kita bergelut dengan permasalahan masyarakat yang melibatkan aspek-aspek psikologi
dan emosi seperti kemurungan, tekanan perasaan, kesedihan, pergaulan bebas,
penyalahgunaan dadah dan gangsterisme.

Permasalahan ini sedikit sebanyak telah mengganggu produktiviti organisasi serta
masyarakat.
Mengapakah gejala sosial seperti ini masih terus berleluasa? Adakah kerana kurangnya
kesedaran dan rasa tanggungjawab individu serta masyarakat sendiri, atau masyarakat
tidak mempercayai kemampuan kaunselor untuk memberi bantuan kepada mereka
sekiranya tiada penyelesaian yang boleh dilakukan oleh ahli keluarga dan saudara
terdekat?
Dalam konteks profesion kaunselor itu sendiri, mereka dilihat sebagai model sosial
yang baik dan positif, yang memainkan peranan besar dalam menentukan
kesejahteraan komuniti melalui perkhidmatan yang dihulurkan.
Walaupun diakui bahawa tidak mungkin kaunselor dapat menyelesaikan kesemua
masalah yang dihadapi, tetapi sekurang-kurangnya mereka berkeupayaan untuk
membantu masyarakat memilih arah serta sumber yang bersesuaian bagi mengubah
corak kehidupan.
Ada juga dalam kalangan kita menganggap sesi kaunseling boleh diadakan walaupun
hanya di kedai kopi bersama orang yang kita percayai tanpa sebarang kelulusan dalam
bidang psikologi.
Hakikatnya, realitinya hanya kaunselor yang berdaftar sahaja mempunyai kelayakan
tersebut.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim,
ketika ditemui dalam Seminar Kaunseling Lembaga Kaunselor 2014 di Institut Sosial
Malaysia baru-baru ini berkata, dalam suasana yang penuh dengan cabaran, kaunselor
perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu yang khusus serta berkualiti.

“Hanya dengan cara tersebut, segala permasalahan dalam masyarakat akan dapat
ditangani dengan baik dan berkesan. Kecekapan seorang kaunselor dalam
mengendalikan profesionnya akan diadili oleh sesetengah individu secara keseluruhan
terhadap profesion kaunselor itu sendiri.
“Begitu juga sebaliknya, apabila ketidakcekapan berlaku, maka seluruh profesion
kaunselor akan dikaitkan dengan tanggapan negatif dan sudah pasti ia membentuk
stereotaip yang tidak menggalakkan.
“Justeru, seluruh profesional dalam bidang ini perlu bersedia dan mencari jalan untuk
memperbaiki pencapaian dan keberkesanan kaunseling bagi meningkatkan
kepercayaan masyarakat terhadap profesion ini,” ujarnya,
Beliau menambah, setiap kaunselor perlu menerapkan pendekatan kebersamaan
(togetherness) dalam urusan penyampaian perkhidmatan.

Ia boleh dicapai melalui kerjasama berpasukan dalam bentuk jaringan kerja yang
produktif dan efektif antara pengamal kaunselor dengan pengamal dalam bidang
kesihatan mental supaya dapat menangani pelbagai permasalahan yang dihadapi.
Menurutnya, kompetensi dan komitmen yang khusus dalam bidang kaunseling dari
pelbagai organisasi dan pertubuhan sukarela, dapat digabungkan untuk memperoleh
tenaga holistik dan berkesan dalam usaha membawa transformasi kepada masyarakat.
“Pendekatan ini merupakan cara terbaik untuk memberikan pendedahan kepada
masyarakat tentang kepentingan peranan kaunselor dalam membantu menangani
permasalahan sosial masa kini.

“Ia juga bagi meningkatkan ketrampilan kaunselor dalam menyampaikan perkhidmatan
kaunseling yang bersesuaian dengan konteks semasa di Malaysia,” katanya,
Menurut Rohani lagi, permasalahan lain seperti masalah perkahwinan, rumah tangga,
hubungan suami isteri hinggalah kepada permasalahan dalam dunia pekerjaan meliputi
masalah komunikasi di pejabat, motivasi pekerja, serta gangguan emosi, memerlukan
khidmat mereka untuk memulihkan anggota masyarakat.

Bukan sahaja di sekolah dan hospital, malah khidmat mereka mendapat tempat dalam
kebanyakan organisasi sebagai salah satu keperluan utama dalam melengkapkan
penyaluran perkhidmatan kepada kumpulan sasar masing-masing.
Dalam pada itu, statistik sehingga akhir Julai tahun ini, hanya 5,445 orang kaunselor
telah didaftarkan di bawah Akta Kaunselor 1998.

Lebih membimbangkan bilangan kaunselor tersebut dilihat tidak mampu menampung
kes-kes yang berlaku dengan nisbah 700 penduduk bagi seorang kaunselor.
Taburan penempatan kaunselor berdaftar juga berlaku ketidakseimbangan sangat
ketara kerana hampir 92 peratus daripadanya tertumpu kepada perkhidmatan awam
dan sekolah, serta selebihnya dalam sektor swasta serta badan bukan kerajaan(NGO).
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan kaunselor semakin
diperlukan tetapi kerajaan masih mengawal dan memantau perkhidmatan itu supaya
ianya dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar sahaja agar masyarakat tidak
dimudaratkan dengan perkhidmatan kaunseling bukan profesional.

Dengan adanya, Lembaga Kaunselor Malaysia diharap berperanan sebagai pemangkin
ke arah membantu kerajaan dalam usaha memberikan perkhidmatan kaunseling yang
terbaik dan seterusnya melahirkan masyarakat yang sejahtera". - Utusan Online.

Persepsi terhadap Kaunseling

Majoriti masyarakat kurang terdedah dengan bidang Kaunseling. Malahan, beranggapan bahawa kaunseling untuk orang yang bermasalah. Hal ini kerana, sejak sekolah persepsi terhadap kaunseling adalah negatif. Contohnya, sekiranya terlihat rakan-rakan sekolah yang dikenakan tindakan disiplin akan dihantar kepada kaunselor untuk sesi kaunseling. Pada masa itu, rakan-rakan lain sudah beranggapan kaunseling hanya untuk orang bermasalah. Sedangkan, semua individu boleh berjumpa kaunselor.

Persepsi seperti ini harus dihapuskan kerana kaunseling memainkan peranan tersendiri dalam masyarakat. Kaunseling bukan sahaja untuk individu yang mempunyai masalah, malahan kepada individu yang ingin mendapatkan maklumat mengenai sesuatu, untuk rujukan sesuatu perkara, bimbingan, dan sebagainya. Hal ini kerana, kaunseling mempunyai matlamat untuk membantu masyarakat iaitu untuk kesejahteraan semua. 

Sebagai contoh, Kaunseling Kerjaya sesuai kepada individu yang mahu mengetahui hala tuju kerjaya dan kesesuaian diri terhadap kerjaya.  Hal ini kerana, manusia adalah unik dan berbeza-beza potensi. Kaunseling Kerjaya boleh membantu mereka. Seterusnya persepsi kurang percaya kepada bidang ini selalu menjadi igauan para Kaunselor. Masyarakat kurang percaya kepada kebolehan Kaunselor terutamanya yang masih baru dalam bidang ini.

Persepsi tersebut akan menyebabkan keyakinan terhadap kaunseling menjadi kurang. Hal ini disebabkan oleh, mereka bimbang perkara yang dikongsikan dan diceritakan akan diketahui orang lain. Kerahsiaan adalah merupakan tunggak utama dalam kaunseling. Kaunselor perlu menjaga etika kerahsiaan kerana sudah termaktub di dalam perjanjian yang telah dipersetujui bersama-sama klien. Kaunselor yang melanggar etika akan menyukarkan proses kaunseling dan menjejaskan nama baik kaunseling. Malahan, berkemungkinan akan dikenakan tindakan.

Seterusnya, persepsi lain seperti tidak percaya disebabkan kaunselor adalah individu yang tidak dikenali. Kebayakan sesi kaunseling yang dijalankan tidak telus kerana klien tidak yakin dan tidak percaya kepada kaunselor. Justeru, kaunselor perlu bijak semasa sesi pertama dijalankan untuk mendapatkan kepercayaan klien.

Kaunseling bukanlah seperti persepsi-persepsi tersebut, malahan mempunyai kepentingan dan keperluan terhadap komuniti. Oleh itu, sebaiknya-baiknya tidak perlu bimbang kerana sudah banyak kaunselor-kaunselor yang bertauliah iaitu mempunyai lesen daripada Lembaga Kaunselor. Lesen tersebut diperoleh melalui temuduga yang dijalankan sendiri oleh pihak lembaga. Justeru, tapisan telah dilakukan untuk melahirkan kaunselor yang berkualiti.

Jangan malu untuk berjumpa dengan kaunselor anda! >_< :)
Kami sedia membantu!

"Kata untuk diingati'


Assalamualaikum dan selamat pagi!

Mulakan hari dengan fikiran yang positif. Fikiran yang positif mampu menghasilkan aura yang positif dalam diri. Malahan, kita dapat menjalani kehidupan pada hari tersebut dengan senyuman dan tenang. Amalkan pemikiran positif pada setiap hari!

Wednesday, 8 February 2017

Jenis Kaunseling

Kaunseling mempunyai jenis perkhidmatan iaitu:

  • Kaunseling Individu - sesi kaunseling yang melibatkan pertemuan antara dua pihak iaitu kaunselor dan klien dalam suasana yang selesa, terapeutik dan sesuai. 
  • Kaunseling Kelompok- sesi kaunseling melibatkan beberapa orang ahli kelompok (3-5 orang) bersama-sama dengan kaunselor
  • Kaunseling Komuniti- perkhidmatan kaunseling berbentuk kemasyarakatan lebih kepada bimbingan.


Kaunseling???


Kaunseling adalah satu bidang yang kurang dikenali dalam masyarakat Malaysia berbanding dengan negara-negara lain. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini semakin dikenali dan masyarakat sudah sedar akan kepentingan kepada mereka.
Kaunseling adalah merupakan memberikan perkhidmatan kaunseling dalam pembangunan dan perkembangan individu.

Kaunseling adalah merupakan proses komunikasi untuk membolehkan individu mengetahui perkembangan diri. Menurut Arbucke (1965), satu usaha untuk membantu seseorang menilai kelebihan dan kelemahan diri. Justeru, kaunseling adalah proses membantu perkembangan diri individu yang positif, selain memberikan celik akal serta membantu perubahan yang baik.


Kaunseling menyediakan perkhidmatan seperti:

· sesi kaunseling individu & Kelompok
· Motivasi, perkembangan diri
· Ujian Psikologi

Sesi kaunseling adalah persetujuan bersama-sama dan kesepakatan. Perkara yang paling penting di dalam kaunseling adalah etika kerahsiaan yang sangat diutamakan.  Sekiranya tidak bersesuaian akan dirujuk kepada individu yang pakar dan sesuai.